Permohonan Online ePSH

Demo Image

eBorang

Kursus Pendek - Reskilling
MOHON!

Sijil Teknologi Senibina

PENGENALAN

Sijil Teknologi Senibina merupakan suatu program kemahiran yang dijalankan di Kolej Komuniti. Ia merupakan satu program kemahiran di dalam menyediakan lukisan pelan senibina sesuai dengan kehendak industri masa kini. Pelajar akan didedahkan dengan teknik menghasilkan lukisan kerja yang mematuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam dan Akta-akta yang berkaitan sebagai rujukan dalam proses merekabentuk sesebuah bangunan atau binaan. Selain itu, pelajar juga memperolehi kemahiran dalam menyediakan lukisan persembahan secara manual dan berkomputer serta merekabentuk model-model bangunan.


SINOPSIS
Kursus ini mendedahkan dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran :-

  • Lukisan Kerja Seni Bina
  • Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam dan Akta-akta berkaitan.
  • Bahan dan Teknologi Pembinaan
  • Kemudahan Bangunan
  • Lukisan Persembahan
  • Pembuatan Model

PROSPEK KERJAYA
Sijil Teknologi Senibina akan melahirkan pelajar-pelajar dengan kemahiran senibina dan pengetahuan teknikal dalam amalan kerja senibina. Di akhir program, pelajar akan dapat memenuhi kehendak industri dalam kerjaya seperti berikut :

  • Pelukis Pelan Bangunan
  • Juruteknik Bangunan
  • Pelukis Ilustrasi
  • Pembuat Model Bangunan.
  • Penyelia Tapak
  • Kontraktor
  • Clerk of Work

OBJEKTIF
Program Kolej Komuniti adalah untuk menghasilkan graduan dan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran di dalam bidang pengajian selari dengan keperluan semasa dan hasrat negara. Selain itu, ia juga menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah di dalam bidang pengajian secara inovatif, kreatif dan kerja berpasukan melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat. Sebagai tambahan, graduan juga mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, mengurus maklumat dengan baik dan bekerjasama dengan kumpulan berasaskan kerja serta tanggungjawab sosial.


HASIL
Kolej Komuniti akan melahirkan graduan Sijil Teknologi Senibina yang dapat :

  1. Memahami dan menterjemah lakaran arkitek di dalam lukisan kerja bagi tujuan pengemukaan pelan bangunan.
  2. Menghasilkan pelukis pelan yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan dari segi penyediaan lukisan butiran dan pengetahuan akta-akta yang berkaitan dengan aspek pembinaan.
  3. Mengenalpasti dan mengaplikasi teknik lukisan persembahan kreatif dan penggunaan media di dalam menghasilkan lukisan persembahan yang efektif.
  4. Berkebolehan https://www.viagrapascherfr.com/achat-viagra-pour-homme-role/ melakar dan menghasilkan lukisan asas senibina.
  5. Melahirkan pelukis pelan yang mempunyai kemahiran dalam penghasilan lukisan persembahan berbantu komputer.
  6. Mengadaptasi kemahiran dengan pengetahuan, bahan dan teknologi binaan.
  7. Berpengetahuan dan boleh mengaplikasikan komponen-komponen dalam kemudahan bangunan untuk menghasilkan lukisan kerja.
  8. Menghasilkan pelukis pelan yang berpengetahuan dalam pembuatan model.
  9. Menjalankan dan menghasilkan kerja-kerja lukisan terukur di tapak terpilih.
  10. Bekerjasama serta berkomunikasi secara efektif dalam satu pasukan.
  11. Melahirkan usahawan yang berkemahiran di dalam bidang senibina.

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel: 03-3269 2840 / 03-3269 2845
  • No Faks: 03-3269 2851
  • Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat: Kolej Komuniti Tanjong Karang, Jalan PB1 Pusat Bandar Tanjong Karang, 45500 Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan