Silibus Semester 1

KOD DAN NAMA KURSUS : STS 1015 – LUKISAN KERJA 1 (5 JAM KREDIT)

Kursus Lukisan Kerja 1 ini dibina untuk memperkenalkan pelajar kepada perkara asas dalam bidang teknologi senibina bagi memenuhi keperluan kerja berdasarkan permintaan industri. Melalui program ini pelajar akan didedahkan dengan jenis-jenis lukisan geometri senibina, lukisan kerja senibina, akta dan undang-undang berkaitan dengan senibina. Kursus ini ditawarkan dalam semester yang pertama bagi membina asas pengenalan dalam senibina dan membolehkan pelajar mempraktikannya di kursus yang seterusnya.

KOD DAN NAMA KURSUS : STS 1024 – GRAFIK SENIBINA 1 (4 JAM KREDIT)

Grafik Senibina 1 merupakan salah satu skop kerja dalam bidang senibina. Grafik senibina 1 penting dalam penghasilan lukisan persembahan senibina. Ia juga bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar berkaitan dengan media dan alatan yang di gunakan dalam menghasilkan lukisan dan lakaran. Selain itu ia juga memberi pendedahan tentang teknik asas lukisan dan lakaran, figura senibina dan lukisan perspektif. Oleh itu, adalah amat penting bagi para pelajar mengetahui teknik-teknik penghasilan lukisan persembahan bagi memenuhi keperluan industri semasa.

KOD DAN NAMA KURSUS : STS 1032 – TEKNOLOGI PEMBINAAN 1 (2 JAM KREDIT)

Teknologi Pembinaan 1 ini dibina untuk mendedahkan pelajar kepada industri binaan bagi memberikan pemahaman tentang bahan, struktur dan komponen bangunan. Pengetahuan ini akan dapat diaplikasikan semasa pelajar menghasilkan lukisan kerja senibina. Kursus ini ditawarkan pada semester pertama bagi membolehkan pelajar mempraktikannya pada kursus yang seterusnya.

Nota Kursus

Topik 1

Topik 2

Topik 3

Topik 4

Topik 5

Topik 6

Topik 7

KOD DAN NAMA KURSUS : MPU 1411 – KOKURIKULUM 1 (1 JAM KREDIT)

Kokurikulum 1 memfokuskan kepada penyediaan pengetahuan dan kemahiran yang boleh dijalankan di dalam atau di luar bilik kuliah bagi perkembangan minda, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai murni.

KOD DAN NAMA KURSUS : MPU 1152 – PENGAJIAN MALAYSIA (2 JAM KREDIT)

Kursus Pengajian Malaysia ini dibangunkan untuk memupuk penghayatan ke arah melahirkan generasi yang cintakan negara kepada semua pelajar peringkat sijil Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi. Pengetahuan dan penghayatan yang diperolehi ini dapat melahirkan warganegara yang setia dan cintakan negara, berwawasan serta bangga menjadi rakyat Malaysia setelah menamatkan bidang pengajian.

KOD DAN NAMA KURSUS : SKW 1112 – DIGITAL ENTERPRENUERSHIP (2 JAM KREDIT)

The programme is developed to provide the basic hands-on skills in setting up of Digital Business. The programme offers knowledge and skills needed for the course to create Digital Entrepreneurs. The programme carries learners through various online media, social media sites and other platforms that are in currently used by Digital Entrepreneurs

Course Note

KOD DAN NAMA KURSUS : SKW 1102 – APLIKASI KOMPUTER (2 JAM KREDIT)

Aplikasi komputer ini direkabentuk untuk memperkenalkan pelajar kepada perisian aplikasi komputer yang sedia ada dan mempraktikkan teknik-teknik pemilihan dan penggunaan perisian aplikasi yang sesuai dan tertib bagi melaksanakan tugasan harian. Modul ini ditawarkan dalam semester yang pertama bagi membina asas kukuh dalam penggunaan perisian aplikasi komputer.