Permohonan Online ePSH

Demo Image

eBorang

Kursus Pendek - Reskilling
MOHON!

Kolej Komuniti Tanjong Karang

Kolej Komuniti Tanjong Karang (KKTK) mula ditubuhkan pada Julai 2007 di bawah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pengambilan Pelajar baru sesi Julai 2007 iaitu kursus Sijil Pelukis Pelan Senibina seramai 18 orang (Penempatan sementara di Kolej Komuniti Sabak Bernam) adalah pelajar perintis permulaan KKTK ditubuhkan. Kemasukan pelajar pertama kolej Komuniti Sesi Januari 2008 seramai 25 orang dan pelajar semestar 2 seramai 18 orang.

Kolej Komuniti Tanjong Karang mengorak langkah kecemerlangan dengan diterajui dengan kekuatan bersama barisan - barisan kakitangan akademik seramai 8 orang dan kakitangan pentadbiran seramai 6 orang. Pada bulan Julai 2012 KKTK telah menambah bilangan kakitangan dengan melantik Pegawai Khidmat Singkat (PSH) untuk membantu pelaksanaan sesi Pengajian dan Pembelajaran berjalan dengan lebih lancar.

Kecemerlangan KKTK semakin terbukti dengan melaksanakan beberapa kursus pendek dan program - program kolaborasi bersama organisasi luar di antaranya ialah MOA inc Kuala Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Selangor, Hospital Tanjong Karang, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Tanjong Karang dan beberapa agensi yang lain.

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel: 03-3269 2840 / 03-3269 2845
  • No Faks: 03-3269 2851
  • Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat: Kolej Komuniti Tanjong Karang, Jalan PB1 Pusat Bandar Tanjong Karang, 45500 Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan